Saturday, November 16, 2013

Medan Here We Go

 Salam hai semua setelah sekian lama aku tinggalkan belog ni hari ni baru rajin sgt jari ni nak menaip. Kali ni nak cerita time aku pegi becuti ke Medan 2 minggu lepas. Dengar cerita medan ni takde ape2 yang best pon. Ramai ckp medan ni takdek tempat shopping la ape la. Aku pun agak sedih jgk lah. Shopping tu penting woiii. Ade la jugak aku search kt pakcik google ni batul ke idak ape yang deme kabo. Rupanya banyak jugak shopping mall. Even not happening as Jakarta tapi bila dah nampak Mall tu memang ketak pala lutut nak peghi nih. Before this pegi Jakarta ibu ayah tak pegi dgn package sebab dah pernah pegi sebelum tu pegi ke Medan kali ni dengan package lg banyak la tempat kitorang dapat jelajah tak gitu.

 Tapikan sebelum nak berangkat ke Medan tu macam2 dugaan kitorang dapat. Firstly tak dapat parking ble dah dapat ade orang nak bergaduh pulak sebab dye nak masuk parking tu. Second terlambat masuk department pttnye 11.45 dh masuk ni pkl 12 bru masuk. Lebih kurang macam tu. Dengan luggage tak dapat nak bwk masuk dlm flight kene bayar tambang beg la ape la sebab ayah terlupa nk bayar beg untuk pergi balik je ayah bayar. Tu la orang cakap jangan terlalu suka sgt dlm melakukan sesuatu tu kan. Mood dah lari naik flight tros tido. Perjalanan hanya mengambil masa selama 20minit sahaja dari  LCCT ke MEDAN. Sampai je kat medan tros diambil oleh our guides Pak Anton. Muka dye ceria semacam je nampak kitorang hahaha. Btw he is a nice man. Sangat baik. Tak sombong langsung sentiasa ketawa and suka bercerita. Tak sempat aku nak amek gmbr Airport kt Medan. Seriously it is the biggest airport in Asia. Sangat besar okay.

Tempat pertama aku pegi haruslah tempat makan dlu. Restoran Simpang Tiga Medan. Menu yang dorang pilih memang sedap2 semua. Tapi kat medan ni makanan dye mcm kt tmpt kita je. Beza sgt dengan Jakarta. Kt Jakarta makan tempe ngan ikan kering je. Dh hbs makan lbh kurang 4 jam perjalanan kitorang untuk pegi ke Danau Toba. Kat sana aku tido untuk satu malam. Sampai danau toba dah malam. Malam tu pegi beli Sim Card SIMPATI nama diberi hahaha kene beli klau tak tak dapat la cntct warga Malaysia. Indon murah jeeee so tadek hal ko nak 3G bape lama pun. Kat Malaysia cepat je kuata dye habis. Yang bestnye bilik kitorang dapat tu betul2 menghadap ke arah tasik danau toba kat kawasan macam kt tanah tinggi la. Sejuk sgt. Wajib pakai baju sejuk sape yang tak tahan tu. Keesokan paginya aku naik bot pegi ke Perkampungan Batak Toba. Ok sebelum tu nak cite sket. Orang2 batak ni lain sket. Dorang makan lg besar dari kite makan anjing kucing babi no 1 lah katak tikus cicak mana nampak dorang tibai je. Puih. Sebelum tu nak tunjuk sket pemandangan tasik Danau Toba...


 Naik bot dari hotel ke sana hanya 1 jam je. Taklama lepastu keluar 3 orang budak laki menyanyi. Sorang main gendang ke ape tah. Suara tak yah cakap la sedap sama je macam retis2 dorang muka je la takbape sebab orang batak ni rupa dorang agak ganas sikit. Tak ramai yg lawa. Dalam perjalanan ke sana ade sorang guides dari group lain present sket dye cakap kalau kt sana dorang cakap HORAS kene jawab HORAS balik. Horas tu maksudnya macam kite terima datang kat sana tanda perkenalan ha macam tu lah. Ayat ni orang batak je yg guna ye kt jakarta tak ye. Sampai2 je kat sana ade satu laluan je nak menuju ke tempat utama kitorang. Lorong tu dipenuhi dengan kedai2 jual pakaian souvenir memang padat lah mula masuk semua baik je senyum je cakap selamat datang selamat datang. Dah nak balik lepastu ha siap lah ko kene tarik semua bagai.




 Ha kat atas ni gambar my sis n my brother je aku tgh selok nak naik atas klau perasan gmbr lastu ade pakcik tu tgk camera. Pakcik tu ikot je kitorang ni smpy sprh jalan suwh beli beg dye. Dorang macam emaksa pun ada gak wat muka kesian la ape la. gerammm je. Okay sambung sampai kat atas guides ceghita pasai batak karo ni. Ha klau tengok rumah depa ni mmg len pemikiran dorang ni kolot sket lah tp unik. 






 Yg bawah tu aku la tu yg pakai slipa jamban tuh. Beli kasut baru habes kaki melecet. Nak yang cantik2 smpy dah lwt malam mall pun dah ttup terpaksa beli selipa yg ada. Saba jela.



Bersambung...

Wednesday, September 18, 2013

Try to make it happen till today

Salam
Hey peeps. Lama tak singgah belog yg dah bersarang ni. Harap lecture aku tak bukak dah belog aku ni. Hari ni settle dah segala beban yang tertanggung esok tinggal satu test lepastu boleh berehat kejap kt rumah then get ready untuk final exam. Hope sem ni dapat kekalkan 3.++ pointer.

Nak cerita kat sini sem ni macam2 jadi kat aku. Problems with friends perkara no satu sem ni. Tapi nasib baik semuanya dah okay semula. Macam tu la jadinya bila berkawan dengan unmatured thinking peoplesz. Huh.

Not just that, sem ni jugak banyak sadis2 disebabkan farhan. And it was like "hellyeah" . Im bored with all this matter. Masing2 dah besar perlu tau macam mana caranya nak tangani masalah2 mcm tu. Im stressed. Always the same thing happen to me. Macam aku tak layak pulak nak rasa bahagia.

Its all because of that guy. The first guy that ruin my whole life. Sampai sekarang aku fobia nk kenal dengan orang baru and cepat nak marah bila ade benda tak kena. Paan pun sama. Suka melepaskan marah dengam cara macam tu. Dah janji taknak buat tapi buat lagi. Dia tak faham ke aku takut. Aku dah cakap aku takut jangan buat lagi. Aku tertekan sedih. Aku takut bila dia buat macam tu. Aku tak suka. Dia nak bunuh aku ke. Aku tak faham lah dengan semua yang jadi ni.